PBTSELANGOR

MPKS anjur kejohanan bola jaring, tawar hadiah berjumlah lebih RM5,000

SHAH ALAM, 20 JULAI: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mempelawa peminat sukan bola jaring menyertai Kejohanan Bola Jaring Terbuka dan Tertutup Wanita Piala Yang Dipertua pada 3 Ogos depan.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan kejohanan yang menawarkan hadiah berjumlah RM5,800 bakal diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Kuala Selangor.

“Yuran penyertaan adalah RM150 untuk kategori terbuka wanita dan RM100 untuk kategori tertutup wanita (warga Kuala Selangor).

“Tarikh tutup penyertaan pada 31 Julai ini dan untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Puan Norziana di talian 019-3636746,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Menurut MPKS, peserta perlu memenuhi syarat berumur 15 tahun ke atas dan hanya seorang pemain negeri, kebangsaan atau Netball Super League (NSL) dibenarkan berdaftar dalam kumpulan.

Bagi kategori tertutup, tambah MPKS, peserta mesti beralamat di Kuala Selangor selain pelajar atau individu yang bekerja di Kuala Selangor perlu mengemukakann salinan pas masing-masing.

“Pendaftaran pemain dan pembayaran penyertaan kejohanan boleh dibuat menerusi pautan berikut https://mycomm.mpks.gov.my,” katanya.


Pengarang :