AGENDAJENAYAH

Wanita maut dengan kesan tembakan pada badan

ALOR SETAR, 21 JULAI: Mayat wanita dengan kesan tembakan pada bahagian badan ditemukan di kawasan Durian Burung, dekat Padang Terap, semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Mulkiaman Manzar berkata mayat wanita yang dipercayai warga Thailand berusia lingkungan 30-an itu ditemukan orang awam di tepi jalan lama di kawasan berkenaan.

“Kita terima laporan berhubung penemuan itu pada 7 malam. Sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi kejadian dan menemukan mayat wanita itu dengan kesan tembakan di bahagian badan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

– BERNAMA


Pengarang :