Logo Sukan Olimpik Paris 2024 dilihat bersama maskot Olympic Phryge di sebuah bangunan di perkampungan Olimpik ketika tinjauan pada 16 Julai 2024. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Lebih 8.8 juta tiket terjual untuk Olimpik Paris

MOSCOW, 21 JULAI: Lebih daripada 8.8 juta tiket telah dijual untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2024 di Paris, kata Pengarah Sukan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Kit McConnell, lapor Sputnik.

“Lebih daripada 8.8 juta tiket terjual, yang merupakan jumlah yang luar biasa untuk temasya ini, paling banyak pernah terjual untuk acara sukan di Perancis,” kata McConnell kepada pemberita pada Sabtu.

McConnell juga berkata kira-kira 30,000 kakitangan daripada pelbagai perkhidmatan terlibat dalam memastikan keselamatan semasa acara itu berlangsung.

Rekod sebelumnya sebanyak 8.3 juta tiket terjual dicatatkan semasa Sukan Olimpik 1996 di Atlanta.

Sukan Olimpik Musim Panas 2024 akan diadakan dari 26 Julai hingga 11 Ogos, manakala Paralimpik akan berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 September.

-BERNAMA-SPUTNIK


Pengarang :