SHAH ALAM, 21 JULAI: Festival Bon Odori ke-48 yang disambut sempena pesta kebudayaan musim panas Jepun mendapat sambutan apabila dikunjungi lebih 40,000 pengunjung.
Mereka membanjiri Kompleks Sukan Negara Shah Alam, seawal 4 petang dengan berpakaian tradisional Jepun iaitu kimono, yukata dan hakama yang turut dipakai rakyat tempatan.
Bermula 7 malam, festival tahunan itu dimulakan dengan paluan gendang sambil diiringi lagu tradisional negara matahari terbit berkenaan.
Pengunjung turut menari mengelilingi pentas dan ia berlangsung beberapa kali.
Festival Bon Odori yang dianjurkan hampir setengah abad di negara ini adalah usaha bagi mempromosi dan mengeratkan persahabatan antara Malaysia dan Jepun.
Foto Festival Bon Odori yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic), Shah Alam pada 20 Julai dirakam HAFIZ OTHMAN
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/07/P_BonOdori48FotoEsei-20-500x333.jpg.webp)
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/07/P_BonOdori48FotoEsei-9-500x333.jpg.webp)
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/07/P_BonOdori48FotoEsei-13-500x333.jpg.webp)
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/07/P_BonOdori48FotoEsei-6-500x333.jpg.webp)
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/07/P_BonOdori48FotoEsei-16-500x328.jpg.webp)
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/07/P_BonOdori48FotoEsei-7-500x333.jpg.webp)
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/07/P_BonOdori48FotoEsei-14-500x333.jpg.webp)
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/07/P_BonOdori48FotoEsei-19-500x333.jpg.webp)