Pengerusi Persatuan Taska Tadika & Pusat Jagaan Selangor Mahanom Basri (tengah, duduk) dan Eksekutif Pengurusan Program dan Pemasaran Yayasan Warisan Anak Selangor Muhammad Azizul Abu Bakar (tiga, kanan duduk) bergambar bersama peserta selepas majlis penutup Program Iltizam Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Selangor Siri 1 di Hotel Geno, Shah Alam pada 21 Januari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

1,000 pengasuh disasar jalani kursus asas asuhan kanak-kanak tahun ini

SHAH ALAM, 22 JULAI: Seramai 600 pengasuh dari rumah menerima latihan di bawah program Iltizam Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IMPAK) setakat ini.

Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) Gan Pei Nei berkata pengasuh menerima bimbingan melalui Kursus Insentif Perkembangan Kanak-Kanak (KIPK) selama dua hari satu malam secara percuma.

Menurutnya 1,000 pengasuh disasar untuk menjalani program latihan IMPAK tahun ini.

“Setakat ini, 600 pengasuh dari rumah menjalani 11 kursus latihan dan diberi sijil penyertaan. Baki kuota 400 kita sasar jalani sebelum hujung tahun ini.

Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) Gan Pei Nei berucap ketika program bantuan masuk sekolah ahli TAWAS bagi sesi persekolahan darjah 1 tahun 2023 DUN Sungai Tua di Dewan Rakyat Batu Caves, Gombak pada 29 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Antara modul latihan pengasuh memahami perkembangan awal kanak-kanak pada usia enam tahun ke bawah sebagai ‘golden age’. Selain itu, peserta didedahkan dengan akta berkaitan hak penjagaan, kesihatan dan pemakanan.

“Kebanyakan pengasuh di kawasan perumahan flat, memahami ramai penghuni kumpulan berpendapatan rendah (B40). Jadi, program ini perintis Kerajaan Negeri untuk membekalkan ilmu dan kemahiran penjagaan kanak-kanak kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran secara langsung dalam rancangan HAI SELANGOR di saluran SelangorTV hari ini.

Tambahnya, mereka yang berminat menyertai program latihan itu boleh mendaftar di laman web impak.yawas.com.my dengan memenuhi lima syarat utama.

“Antara syarat-syaratnya, pertama berumur 18 tahun ke atas, kedua, tidak pernah hadir kursus pengasuh kanak-kanak dengan agensi kerajaan lain kerana kita mahu memberi keutamaan mereka yang tidak pernah jalani latihan ini.

“Ketiga, wajib mengasuh tidak lebih tiga kanak-kanak. Keempat, mereka perlu mengasuh, menetap dan pengundi di Selangor serta kelima, ada pengalaman mengasuh sekurang-kurangnya setahun,” jelasnya.

 


Pengarang :