SHAH ALAM, 22 JULAI: Mantan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim dilantik sebagai Datuk Bandar Subang Jaya yang baharu, berkuat kuasa hari ini.
Menerusi Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, penyerahan surat pelantikan tersebut disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Setia Haris Kasim.
“Tahniah dan selamat bertugas diucapkan,” katanya menambah majlis turut dihadiri Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Dato’ Mohd Yazid Sairi.
Sementara itu, MBSJ menerusi Facebook mengalu-alukan pelantikan Amirul, yang diyakini akan memperkuatkan lagi jentera pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu.
“Semoga Datuk Bandar yang baharu akan memperkuatkan lagi jentera pentadbiran MBSJ untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada komuniti bandar raya,” katanya.