Smart Selangor Parking berkuat kuasa sepenuhnya April ini.
EXCOSELANGOR

PBT ada kuasa tentukan caj kutipan parkir

SHAH ALAM, 5 NOV: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai kuasa dalam mengenakan kutipan parkir di mana-mana kawasan yang diwartakan.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, jumlah caj parkir yang diputuskan menerusi mesyuarat di peringkat PBT malah Ahli Dewan Negeri (ADN) boleh mengemukakan sebarang cadangan serta pandangan mengenainya.

“Penentuan kawasan yang akan dikenakan caj parkir akan diputuskan secara kolektif melalui mesyuarat di PBT yang turut melibatkan Ahli Majlis.

“Bagaimanapun, ADN boleh mengemukakan pandangan dan cadangan ke atas kesuaian setiap kawasan yang dikenakan caj parkir oleh PBT,” katanya.

Sze Han (PAKATAN-Kinrara) berkata demikian ketika menjawab soalan mulut dikemukakan ADN Pandamaran, Leong Tuck Chee di Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Tuck Lee (PAKATAN-Pandamaran) menanyakan adakah Kerajaan Negeri dapat mengehadkan kutipan hasil parkir di Kampung Tradisi, Kampung Baru dan Kampung Nelayan.

Sze Han berkata, perkara bagi mengadakan tempat letak kereta dan tempat perhentian telah dijelaskan di dalam Seksyen 72 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).


Pengarang :