Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari membantu murid memakai pelitup muka guna semula ketika meninjau pembukaan semula sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gombak Setia, Gombak pada 1 Mac 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pendidikan agenda utama negeri, usaha jaga kebajikan sekolah

SHAH ALAM, 29 JUN: Kerajaan Selangor menjadikan pendidikan sebagai agenda utama dengan sentiasa berikhtiar membantu pentadbiran sekolah melancarkan perancangan mereka.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata perhatian serius diberikan terhadap institusi tersebut kerana percaya nasib generasi hadapan bermula dari lapangan itu.

“Pendidikan adalah agenda utama Kerajaan Selangor. Meskipun ia bawah bidang tanggungjawab kerajaan persekutuan, kita sentiasa berikhtiar membantu sekolah sedaya upaya agar proses pendidikan lancar.

“Baru-baru ini, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.04 juta untuk 77 sekolah di daerah Hulu Langat bagi melancarkan perancangan mereka,” katanya di Facebook hari ini.

Beliau menambah permohonan sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) diteliti sebaiknya supaya dampak dan nilai pendidikan dapat tercapai.

“Semoga ikhtiar ini membawa manfaat kepada pelajar, ibu bapa serta para pendidik,” kata Amirudin.

Pada 19 Jun, Dato’ Menteri Besar berkata sumbangan kepada sekolah di Hulu Langat bukti komitmen negeri dalam membantu memperkasa institusi pendidikan.

Bantuan diagihkan kepada sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan.


Pengarang :