PANDUAN MENGUNDI
Anda layak mengundi untuk Pilihan Raya Negeri Selangor jika anda:
- Warganegara Malaysia
- Berusia 18 tahun dan ke atas
- Menetap di Selangor seperti yang didaftar di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
- Tidak hilang kelayakan sebagai pengundi (misalnya melakukan kesalahan berat di sisi undang-undang
SEMAKAN MENGUNDI
Anda boleh menyemak maklumat mengundi anda melalui:
- Portal semakan daftar pemilih SPR: mysemak.spr.gov.my
- Aplikasi MySPR Semak: (Google Play | Apple Store | Huawei AppGallery)
- Talian SPR 03-88927018
KALI PERTAMA MENGUNDI?
Jangan risau. Ikuti tips di bawah jika anda pertama kali mengundi:
- Semak status pendaftaran sebelum hari undi
- Datang awal ke pusat undi dan bawa SALAH SATU dokumen pengenalan diri di bawah:
- Kad pengenalan
- Pasport antarabangsa
- Resit kad pengenalan sementara bergambar
- Resit laporan kehilangan kad pengenalan bergambar yang telah disahkan Jabatan Pendaftaran Negara
- Lesen memandu bergambar
- Kad kuasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerajaan
- Tunjuk dokumen pengenalan diri kepada Kerani Penyemak Daftar Pemilih di barung SPR pusat mengundi
- Dapatkan slip nombor saluran tempat mengundi dan beratur menunggu giliran ke bilik tempat mengundi yang betul
- Tunjuk slip nombor saluran tempat mengundi dan dokumen pengenalan diri kepada Kerani Pengundi Pertama (KP1)
- Selepas dibenar masuk, serah dokumen pengenalan diri beserta slip semakan kepada KP1 supaya nama anda ditanda sebagai sudah hadir mengundi
- Tunjukkan jari telunjuk kiri untuk diperiksa dan pastikan tiada sebarang tanda dakwat kekal di jari
- Kerani Pengundi Kedua (KP2) akan mencelup dakwat kekal di hujung jari telunjuk kiri anda
- Bergerak ke Kerani Pengundi Ketiga (KP3) untuk mendapatkan kertas undi
- Bergerak ke petak undi untuk menanda kertas undi dengan tanda “X” di SALAH SATU ruang bersebelahan logo parti
- Lipat kertas undi dengan dua kali lipatan, bergerak ke peti undi, dan masukkan kertas undi dalam peti undi
- Tinggalkan pusat undi dengan segera