Kenaikan harga barang bukan takdir, Islam bela hak pembeli

Datuk-Tuan-Ibrahim-Tuan-Man barangSHAH ALAM, 9 SEPTEMBER – Kerajaan tidak wajar meletakkan kesalahan kepada takdir semata-mata apabila harga barangan keperluan harian naik ketika ada kumpulan hidup mewah.Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata, Islam bukan sahaja membela hak peniaga sebaliknya turut menitik berat hak pembeli supaya konsep adil dapat dilaksanakan sebaiknya.Katanya, petikan hadis yang disebut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari dalam artikel ‘Harga Barang Ketetapan Allah’ digunakan dalam konteks salah.

“Memang hakikat naik turun, ajal maut semua ketentuan Allah tetapi bukan bermakna pemerintah boleh sesuka hati meletakkan kesalahan kepada takdir.

“Kalau manusia (peniaga) boleh buat begitu maka kita tengok dalam Islam hak adil bukan kepada peniaga sahaja tetapi pembeli juga kena berlaku adil.

“Demikian juga kalau kita tengok kerajaan memotong subsidi untuk rakyat tetapi dalam waktu sama golongan korporat dan bangsawan lihat hidup melampau-lampau mewah,” katanya kepada TV Selangor.

Menyifatkan kenyataan itu perlu diperbetul semula bagi mengelakkan salah faham, Tuan Ibrahim berkata, kenyataan Fathul Bari membawa gambaran imej negatif terhadap Islam.

Seolah-olah, katanya, Islam membenarkan peniaga meletakkan harga sesuka hati dan menganggapnya sebagai ketentuan Allah.

– FZL


Pengarang :