TERAS: Apa rasional RM1.1b dapat diselamatkan

terasSHAH ALAM, 4 SEPTEMBER: NGO Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berhasrat untuk mengadakan pertemuan secara langsung dengan kerajaan dalam masa terdekat berhubung kaedaah sistem pengurusan subsidi yang selama ini menjadi persoalan kepada rakyat.

Pengerusinya, Azmi Hamid atau lebih dikenali sebagai Cikgu Azmi berkata, perkara ini melibatkan soal integriti pengurusan subsidi dan rakyat nyata kecewa ekoran wang penjimatan (subsidi) sebelum ini tidak menampakkan penyaluran penambahbaikan beberapa sektor dalam negara.

“Keresahan kita daripada semua ini adalah apabila RM1.1bilion kononnya dapat diselamatkan untuk subsidi minyak ini yang selalu dipersoalkan, kita tidak nampak ke mana ianya diturunkan untuk dimanfaatkan kepada sektor yang memerlukan banyak pembaikkan,” katanya kepada Tv Selangor.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata melalui dasar rasionalisasi subsidi bahan api kerajaan akan menjimatkan sejumlah RM1.1 bilion pada tahun ini.

Jelasnya, kenyataan kerajaan bahawa mereka akan mengawal harga barangan dan perkhidmatan daripada meningkat naik disifatkan sebagai dangkal.

Menurut Cikgu Azmi lagi, kesan kenaikan harga minyak ini bukanlah alasan untuk pihak tertentu mengambil kesempatan sewenang-wenangnya ditambah dengan kesusahan kehidupan rakyat yang semakin menekan.

– mza


Pengarang :