Teng : Selangor lebih Berminat Jaga Kebajikan Rakyat Berbanding Syabas

Aziz Bari Saran Polis Siasat Mahathir 1

KLANG 19 FEB : Speaker Dewan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim menjelaskan Kerajaan Negeri lebih berminat untuk menjaga kebajikan rakyat di Selangor berbanding memberi keuntungan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor(Syabas).

Katanya, tambahan RM2 bilion diminta Syabas lebih baik digunakan untuk kepentingan rakyat Selangor bagi tempoh 10 tahun.

“Setiap tahun dalam tempoh lima tahun perbelanjaan Selangor bagi program kebajikan termasuk pemberian air percuma serta yang lain jumlahnya lebih kurang RM700 juta.

“Ini tidak termasuk geran Selangorku di mana keuntungan diraih daripada anak syarikat Kerajaan Negeri sebanyak RM300 juta untuk program tambahan lain. Jumlahnya baru RM1 bilion,” jelasnya.

Aziz Bari Saran Polis Siasat Mahathir 2

Katanya, alasan menanggung kerugian, merupakan sebab utama Syabas menolak tawaran RM9 bilion oleh Kerajaan Negeri bagi pengambilalihan pengurusan air adalah tidak munasabah.

Sebelum ini Kerajaan Negeri gagal mencapai kata sepakat bagi tujuan itu berikutan Syabas meletakkan tanda harga RM11 bilion yang dianggap tidak realistik oleh Kerajaan Negeri.

Teng berkata, ternyata kenyataan Syabas itu boleh dipertikai ekoran tindakan syarikat itu berbelanja mewah dalam pengurusannya termasuk melibatkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Rozali Ismail.

“Rozali kata dia memikirkan tentang hutang Syabas kepada bank yang belum jelas tapi kita tahu kerana kita tengok akaun Syabas dan syarikat konsesi lain dalam tahun-tahun sebelumnya dia mendapat keuntungaan yang tinggi.

“Dia (Rozali) boleh bagi dividen dan bonus (kepada kakitangan) dan membuat ubahsuai pejabatnya melibatkan belanja beratus dan beribu juta namun kenapa dia tidak menjelaskan hutangnya kepada bank.

“Kenapa dia tak bayar kepada bank dengan keuntungan dan geran diperoleh. Kita pula kena tanggung dengan bagi keuntungan 12 peratus. Kita rasa itu tidak adil kepada rakyat Selangor,” katanya dalam majlis forum Air Untuk Rakyat di Dewan Kompleks Sukan Pandamaran di sini malam tadi.

Teng yang juga Adun Sungai Pinang, menambah hakikatnya tidak berlaku krisis air sebagaimana digembar-gemburkan dewasa ini kerana bekalan air mencukupi di semua loji di Selangor.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri menawarkan pengambilalihan pengurusan industri air di Selangor kepada Syabas dengn kadar keuntungan tahunan 12 peratus.

Majlis tersebut dirasmikan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali serta dihadiri Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu.


Pengarang :