Empat syarikat tunai zakat perniagaan RM12.5 juta

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 9 JUN: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima zakat perniagaan daripada empat syarikat bernilai RM12.5 juta dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS), semalam.

Empat syarikat itu menunaikan pembayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2015.

_20160608_195036Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mendahului senarai pembayar zakat berjumlah RM5.48 juta diwakili Pengurus Besarnya, Azlan Md Alifiah bagi perbadanan itu dan anak syarikatnya.

UMW Holdings Berhad diwakili Pengerusinya, Tan Sri Asmat Kamaludin pula menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM4.28 juta.

PLUS Malaysia Berhad diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Noorizah Abdul Hamid dengan nilai zakat RM2.01 juta, sementara Datuk Ahmad Omar selaku Ketua Pegawai Eksekutif Permodalam Negeri Selangor (PNSB) membayar RM702,145.

Baginda diiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah; Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya; Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa dan Mufti Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid.

CP2A1778Hadir sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim; Exco Kerajaan Selangor dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Husin Mohd Ali.

Pada masa sama, Sultan Selangor turut menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 265 asnaf fakir dan miskin serta 144 asnaf mualaf.

Kesemua mereka menerima sumbangan RM500 setiap seorang.

Sultan Sharafuddin kemudiannya menunaikan solat Maghrib dan Isyak disusuli solat sunat terawih sebelum berangkat pulang.

-AA-


Pengarang :