Peluang raih RM3,500 melalui pertandingan fotografi

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 9 JUN: Peluang buat penggemar fotografi memenangi hadiah RM3,500 melalui pertandingan mengambil gambar landskap anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bermula Jun hingga 25 November ini.

Pertandingan bertemakan ‘Pokok dan Persekitaran’ itu turut menawarkan hadiah RM3,000 untuk pemenang kedua, RM2,700 untuk pemenang ketiga dan RM500 bagi pemenang keempat dan kelima.

unnamed“Peserta diwajibkan untuk menghantar gambar menarik dengan resolusi 300 kpi ke atas dengan mengambil gambar di kawasan perbandaran pentadbiran MPSJ.

“Bagaimanapun, peserta tidak dibenarkan menggunakan teknik suntingan ‘super-imposed’ bagi setiap gambar yang dikirimkan kepada penganjur,” kata MPSJ dalam kenyataan.

Selain itu, gambar mestilah mempunyai fokus flora sebagai subjek dengan persekitaran setempat sebagai latar belakang menceritakan perihal gambar.

Pemenang bulanan akan dipaparkan menerusi laman Facebook, http://www.facebook.com/FotografiLandskapMPSJ2016.

Pada masa sama, kiriman gambar diterima akan menjadi hak milik MPSJ dan boleh digunakan untuk tujuan publisiti tanpa sebarang notis kepada peserta.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-80264410/4411 untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pertandingan itu.

-AA-


Pengarang :