Tiga pemain The Red Giants sertai Jelajah Oceania 2016

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 JUN: Tiga pemain Selangor berlepas ke Brisbane, Australia bersama skuad Harimau Malaysia bagi menyertai Jelajah Oceania 2016.

Pemain berkenaan adalah ketua pasukan, Muhammad Shahrom Abdul Kalam, pemain pertahanan Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham dan penyerang Ahmad Hazwan Bakri.

Rombongan 24 pemain skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee yang selamat tiba di Australia pada 12 Jun pagi bakal menyertai siri latihan dan tiga perlawanan persahabatan antarabangsa ‘A’ bagi Jelajah Oceania 2016.

Harimau Malaysia bakal bertemu naib juara Piala Negara-Negara Oceania 2016, Papua New Guinea pada 17 Jun ini bagi menghadapi perlawanan pertama di Port Moresby.

Kemudian, skuad Kim Swee akan terbang pula ke Noumea untuk aksi kedua bertemu New Caledonia pada 22 Jun disusuli aksi ketiga dan terakhir menentang Fiji di Nadi pada 26 Jun.

EZY


Pengarang :