Kembara Ramadan-Aidilfitri, PREC-ASNAF kongsi kemeriahan FESTIRA’16

SHAH ALAM, 30 JUN – Sekurang-kurangnya 201 asnaf daripada empat rumah kebajikan diraikan 40 warga PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) dalam konvoi Kembara Ramadan-Aidilfitri sempena Festival Ramadan Selangor 2016 (FESTIRA’16) yang bermula di SACC Mall Shah pada 28 Jun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn. Bhd (PREC), Fakru Radzi Ab Ghani, berkata program ini adalah kesinambungan tahun lepas dimana beberapa rumah terpilih akan disalurkan keperluan asasbagi membantu mengurangkan beban perbelanjaan harian.

PREC KEMBARA AIDILFITRI“Tujuh rumah sudah mendapat faedah daripada sumbangan hampir RM50,000 tahun lepas. Tahun ini PREC berhasrat meneruskan tekad suci ini membantu lebih ramai golongan memerlukan” katanya dalam kenyataan

Antara rumah kebajikan dilawati adalah Asrama Anak Yatim Darul Miftah Saadah, Teratak Nur Barakah, Pusat Jagaan Mahligai Kasih Zadut Taqwa serta Madrasah Tahfiz Sri Al-Ain.

Lebih daripada sekadar mengejar keuntungan semata-mata, PREC menggalas tanggungjawab sosial ini dengan bekerjasama dengan badan-badan kebajikan dan organisasi swadaya masyarakat (NGO) bagi membantu mencapai matlamat #Smart Selangor yang peduli kepada golongan memerlukan seperti anak yatim, fakir miskin dan gelandangan.

PREC KEMBARA AIDILFITRI 1Terdahulu, PREC bekerjasama dengan Yayasan Ikhlas turut menganjurkan majlis berbuka puasa bersama asnaf daripada Asnaf Solihin serta anak-anak tahfiz penerus generasi al-Quran daripada Al Bayan School of Quran & Hadith di SACC Mall awal Ramadan ini.

FESTIRA’16 merupakan acara tahunan anjuran PREC di semua kompleks beli-belah miliknya. Festival tahun ini bertambah menarik dengan pertambahan kawasan baharu termasuk Stadium Malawati, Padang Perbandaran Pandan Indah, Ampang Jaya serta Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam.

“PREC turut akan menganjurkan program mega lain tahun ini termasuklah Minggu Gala Fesyen dan Kraf Selangor (MAGIKA), Merdeka Street Carnival dan Selangor Art Fiesta 2016 (SELFIE’16),” katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang http://www.pknsre.com, laman facebook FESTIRA serta hashtag #festira16 di laman instagram dan twitter.

-nR-


Pengarang :