Kursus intensif MBSA lahir penguatkuasa berintegriti

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 9 JUN: Seramai 18 anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berjaya menamatkan Latihan Kursus Asas Penguatkuasa bagi melahirkan anggota berintegriti.

MBSABahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA dalam kenyataan, berkata antara anggota terlibat termasuk penolong pegawai keselamatan dan pegwai penguatkuasa MBSA yang berlangsung selama sebulan bermula 3 Mei lalu.

“Kurus itu juga bertujuan melahirkan anggota penguatkuasa yang berpengetahuan, berintegriti dan amanah dalam melaksanakan tugas demi keamanan warga Shah Alam,” katanya.

Majlis penyampaian sijil disempurnakan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

-AA-


Pengarang :