Longkang Tersumbat, Kerja-Kerja Pembersihan Sentiasa Dijalankan

KLANG, 17 JULAI: Kerja-kerja pembersihan longkang dan parit sentiasa diadakan mengikut jadual oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) serta mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Pengarah Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam, Norfiza Mahfiz berkata, kerja?kerja pembersihan yang dilakukan Jabatan Kejuruteraan sentiasa dipantau bagi memastikan keberkesanan gerak kerja yang dilakukan itu.

Menurutnya, pihak majlis sering menerima aduan berulang, berkaitan longkang tersumbat dan keadaan itu agak kritikal terutama di lokasi yang didiami warga asing terutama sekitar Meru.

?Keadaan sekitar Jalan Teratai dan Taman Meru 1 serta Jalan Puding merupakan tempat yang sentiasa diberi perhatian oleh majlis kerana ia merupakan lokasi yang sering tersumbat dan menimbulkan masalah kepada penduduk setempat.

?Namun demikian, selain daripada kerja ?kerja pembersihan, kita juga mengharapkan agar masyarakat setempat menghargai kebersihan di kawasan masing-masing dengan tidak membuang sampah ke dalam longkang berdekatan,? katanya.

Norfiza berkata, sikap penduduk setempat juga masih tidak berubah dan keadaan makin serius apabila kawasan berhampiran juga dipenuhi dengan warga asing yang sememangnya kurang menghargai kebersihan di sekeliling mereka.

Menurutnya, pihak majlis mengalu-alukan sebarang aduan dan pandangan daripada masyarakat setempat dan orang ramai bolehlah menghubungi talian 03-33714044 atau 1 800 8823826 untuk tujuan itu.


Pengarang :