MPS sita rangka bangunan

sita rangka bangunan majlis perbandaran selayang 01

RAWANG, 26 Sept : Majlis Perbandaran Selayang menyita dua rangka bangunan milik JRD Development yang dipercayai untuk dijadikan stor barangan di Batu 20, Jalan Ipoh, Rawang.

Projek pembangunan ini dipercayai dilakukan atas tanah milik Kerajaan Negeri seluas kira-kira 2 ekar.

Permohonan untuk pembinaan ini dibuat pada Jun tahun lepas, namun demikian projek dilakukan sebelum mendapat kelulusan Majlis.

sita rangka bangunan majlis perbandaran selayang 02“Majlis mengambil kira aduan orang awam dan juga laluan keluar masuk dan infrastruktur sebelum tindakan diambil,” kata juruteknik Jabatan Bangunan MPS, Mohd Affendy Mohd Amin.

Bagi kesalahan pembinaan sebelum lulus, pihak terbabit dikenakan kompaun sebanyak RM25,000 di bawah Akta 70(1) , Akta Parit dan Bangunan, namun sehingga sekarang tiada bayaran dibuat.

sita rangka bangunan majlis perbandaran selayang 04JRD mendakwa tanah lot 680 ini merupakan milik mereka dan MPS masih dalam proses semakan semula.

Sebanyak tiga notis dikeluarkan pihak majlis, iaitu notis memberhentikan kerja binaan pada 28.08.2013, saman pada 18.09.2013, manakala yang terbaru notis sita serta-merta, hari ini.

Pembinaan ini dibina tanpa kelulusan bermula 13 Ogos 2013.

Operasi yang melibatkan lima orang anggota penguatkuasa ini dijalankan hasil maklumat orang awam dan pantuan Majlis. Hadir sama dalam operasi, Ahli Majlis Zon Rawang, Cheah Moon Hwa.


Pengarang :