Peniaga bazar Ramadan disaran jaga kebersihan, elak denggi

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 9 JUN: Peniaga Bazar Ramadan diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan di permis perniagaan semasa dan selepas beroperasi bagi mengelakkan wabak denggi.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata kedatangan musim hujan sekarang ini yang kebetulannya pada bulan ramadan bakal menyebabkan peningkatan kes demam denggi di Selangor.

YB Daroyah“Sampah-sampah ditinggalkan secara tidak terurus di premis perniagaan boleh menjadi medium pembiakan aedes,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Daroyah juga mengingatkan masyarakat menitikberatkan soal kebersihan serta memakai pakaian berlengan panjang bila mengunjungi bazar.

“Disyorkan untuk mereka menggunakan insect replellent, ini kerana nyamuk Aedes aktif pada waktu petang hingga senja,” katanya.

Daroyah berkata, berdasarkan statistik denggi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2015 dan 2014 mulai meningkat pada minggu ke-18 dan berterusan meningkat selama beberapa minggu berikutnya.

Katanya, data 2016 juga mencatatkan pola sama di mana kes denggi mulai meningkat pada minggu lepas selepas mengalami penurunan beberapa minggu lalu.

DENGGI GRAFIK“Kes daftar denggi Selangor pada minggu ke 22 yang berakhir 4 Jun lalu mencatatkan 717 kes meningkat sebanyak 72 kes berbanding minggu epid sebelumnya iaitu 645 kes, iaitu yang terendah setakat ini untuk 2016.

“Jumlah kumulatif Ked Denggi terkumpul di Selangor adalah sebanyak 27,166 ked dengan menrekodkan 43 kematian,” katanya.

Terdahulu, minggu epid ke 21 yang berakhir 28 Mei, kes denggi memperlihatkan trend penurunan dari minggu ke minggu hasil gandingan gerak kerja yang dilaksanakan semua pihak.

Jumlah terkumpul kes denggi selangor pada minggu ke 21 adalah sebanyak 26,449 kes berbanding 27,282 kes pada tempoh yang sama pada 2015 manakala jumlah kematian pula mencatatkan 42 orang berbanding 71 orang pada 2015 iaitu penuruan sebanyak 40.84 peratus.

-nR-


Pengarang :