Video : Perutusan Tahun Baru Cina 2013 MB Selangor

Selamat Sejahtera dan Salam Muhibah.

Dalam kalendar masyarakat  Cina,  pada Sabtu 9 Februari ini, masyarakat Tionghua di Malaysia dan dunia, mengadakan majlis makan malam sekeluarga, sebagai menandakan tibanya Tahun Baharu Cina yang bakal dirayakan mulai Ahad, 10 Februari 2013. Tahun Baharu kali ini berlambangkan ular.

Di kesempatan ini, saya dan kerajaan Selangor, menyampaikan ucapan tahniah dan salam kemakmuran kepada kaum Tionghoa di negeri Selangor khususnya, dan di Malaysia seluruhnya.

“Xin Nian Kuai Le”

Dua tradisi masyarakat Cina iaitu makan bersama keluarga dan memberi ang pau kepada kanak-kanak wajar digalakkan dalam kalangan rakyat majmuk di negeri ini khususnya. Tambahan pula, nisbah penduduk negeri Selangor yang kini seramai 5.3 juta orang, adalah hampir-hampir seimbang, iaitu 51% kaum Melayu dan 49% kaum-kaum lain.

Sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina ini, saya percaya rakan-rakan kita daripada masyarakat Cina sentiasa “membuka  pintu rumah” mereka dan dengan senang hati menerima kunjungan rakan-rakan daripada kaun-kaum lain..

Sikap prihatin dan berkongsi kemakmuran ini adalah sejajar dengan dasar pentadbiran kerajaan negeri yang membantu rakyat  menerusi pelbagai program kebajikan di bawah dasar Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor sejak menerajui Kerajaan Selangor pada Mac 2008.

Bagi masyarakat Cina, kita telah memperuntukkan sejumlah RM5 juta untuk Kampung Baru dalam Bajet 2013. Selain itu, kita juga memberi peruntukkan RM3 juta setahun untuk Rumah Ibadat Bukan Islam yang tidak pernah diberikan Barisan Nasional sebelum ini.

Sejak 2009, kita telah memperuntukkan RM6 juta setahun kepada sekolah jenis kebangsaan cina (SJKC) dan RM2 juta setahun kepada sekolah menengah persendirian.

Menurut  horoskop orang Cina bagi tahun 2013 ini yang dilambangkan oleh seekor ular, ia dikatakan menandakan  tempoh yang memberi kesan terhadap kehidupan kebanyakan orang.  Bagi masyarakat di Malaysia, bermungkinan pilihan raya ke-13 tahun ini turut merubah kerajaan pusat. Ini bererti rakyat Malaysia seluruhnya mesti bersiap sedia untuk melakukan perubahan. Ini kali lah!

Oleh itu, kita bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum supaya turun mengundi pada pilihan raya umum  ke-13 nanti. Di samping mengekalkan kerajaan negeri di Selangor Darul Ehsan ini, kita juga berusaha untuk membentuk kerajaan pusat yang baharu yang adil, tidak rasuah dan prihatin kepada seluruh bangsa Malaysia.

Akhir kata, saya suka mengingatkan anda semua supaya sentiasa berhati-hati dan bertimbang rasa ketika memandu. Semoga selamat sampai ke destinasi.

Sekianlah sahaja. Sekali lagi, ingin saya ucapkan  “Xin Nian Jin Bu . Huan Shi Ru Yi”.

(Semoga anda berubah dan menjadi lebih baik pada tahun baru ini )

“Ping An Ji Xiang He Jia Wang.”

“Min Lian Xin Zheng Guo Yun Zhuan”

(Sejahtera dan kemakmuran menjamin ketenteraman keluarga, politik baru Pakatan Rakyat mengubah nasib Negara.)

Sekian, Terima kasih.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

 


Pengarang :