Himpunan Hijau desak Kerajaan Jepun henti dana kepada Lynas – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 12112013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT . Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Himpunan Hijau mendesak Kerajaan Jepun menghentikan penyaluran dana kewangan kepada Lynas Corporation di Gebeng, Pahang yang mendapat tentangan lebih sejuta rakyat Malaysia.

2. Kerajaan Pusat disarankan melaksanakan Cukai Keuntungan Modal (CGT) bagi menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan pada 1 April 2015 kerana ia mampu memberikan pendapatan kepada kerajaan dan tidak membebankan pengguna.

3. Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menetapkan sebutan semula kes ‘Blackout 505′ yang dihadapi Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad pada 10 Disember depan.

4. Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 mendesak semua aktiviti pemberian kad pengenalan (Mykad) secara tidak sah dihentikan serta merta dan daftar pemilih pilihan raya sedia ada dibersihkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

5. Kejadian pembunuhan pegawai tinggi Jabatan Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Mohd Raffli Ab Malik yang ditembak mati di rumahnya selepas terkena tiga das tembakan baru-baru ini, tidak akan melunturkan semangat Kerajaan Selangor untuk menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan undang-undang di negeri itu.

6. Semua pengusaha premis makanan digesa mementingkan aspek kebersihan terutamanya di setiap proses atau peringkat penyediaan makanan bagi mencegah meningkatnya wabak penyakit dan keracunan makanan.

7. Sebanyak 70,000 iklan haram berjaya ditanggalkan oleh penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sejak awal tahun sehingga Oktober lepas.


Pengarang :