MBSA hargai media, anak-anak yatim dan warga kerja MBSA

Bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim bersama media massa, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memanfaatkan kehadiran bulan Ramadan dengan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Media bertempat di Dewan Bankuet MBSA semalam.

Majlis ini sebagai penghargaan terhadap usaha dan sumbangan dalam membantu meningkatkan imej agensi berkenaan di mata masyarakat melalui hebahan program dan aktiviti yang dilakukan untuk warga penduduk Shah Alam.

Selain meraikan media, MBSA meneruskan tradisi mengadakan aktiviti penyerahan sumbangan bantuan kepada anak-anak yatim dan warga kerja MBSA.


Pengarang :