示意图(档案照)

Lapan terkorban akibat ribut di Hainan

Lapan terkorban akibat ribut di Hainan

HAIKOU (China), 29 OGOS: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh manakala seorang cedera parah dalam kejadian ribut di sebuah bandar di wilayah Hainan selatan China pada Khamis pagi, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut pihak berkuasa tempatan, bencana ribut itu membadai perbandaran Nada di bandar Danzhou kira-kira pukul 4 pagi.

Bencana itu menyebabkan rumah pekerja di sebuah tapak pembinaan runtuh menyebabkan lapan orang terbunuh. Seorang dilaporkan mengalami kecederaan serius manakala yang lain cedera ringan.

Wilayah itu menghantar sepasukan anggota ke lokasi kejadian bagi membantu kerja-kerja mencari dan menyelamat.

– BERNAMA


Pengarang :