EKONOMI

Harga minyak global susut, dolar stabil

SINGAPURA 21 FEB: Harga minyak jatuh hari ini, dipengaruhi oleh pergerakan dolar Amerika Syarikat (AS) yang semakin stabil selepas mencecah paras rendah tiga tahun, minggu lalu.

REUTERS melaporkan niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS pada AS$61.37 setong pada 0144 GMT, susut 42 cents, atau 0.7 peratus daripada penutup sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah Brent turut merosot 36 cents, atau 0.6 peratus, daripada penutup terakhir kepada AS$64.89 setong.

Penganalisis teknikal komoditi Reuters, Wang Tao, berkata Brent mungkin susut dalam lingkungan AS$63.92-AS$64.41 setong, berdasarkan corak gelombang dan unjuran analisis.

Peniaga berkata, penurunan didorong oleh pemulihan dalam dolar, yang mana berpotensi untuk mencetuskan permintaan bahan api berikutan import minyak dalam dolar adalah lebih mahal bagi negara yang menggunakan mata wang lain.

Dolar mengukuh berbanding sekumpulan mata wang lain, selepas mencecah paras terendah tiga tahun pada minggu lalu.

SUMBER: REUTERS


Pengarang :