EKONOMIRinggit

Ringgit terus kukuh

SHAH ALAM, 2 APR: Ringgit terus dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong minat belian baru terhadap mata wang tempatan, kata peniaga.

Ringgit berada pada 3.8520/8560 berbanding mata wang negara maju itu, pada 3.8620/8650 ketika ditutup Jumaat lalu.

Ketua Dagangan Asia-Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata, unit tempatan kekal dalam kecenderungan meningkat disokong pasaran bon tempatan yang stabil.

“Bagaimanapun, pilihan raya umum Malaysia adalah cabaran tempatan seterusnya, kita dapat menyaksikan aliran luar pesisir yang berkurangan, paling lazim berlaku menjelang mana-mana pilihan raya serantau.

“Namun, pasaran dijangka kekal stabil dalam julat semasa,” katanya lapor BERNAMA.

Beliau berkata, memandangkan harga minyak mentah diniaga kukuh selain sentimen serantau bertambah baik, ringgit sewajarnya terus meraih sokongan daripada faktor domestik dan luaran yang positif.

Ringgit juga diniagakan tinggi, berbanding kumpulan mata wang utama.

Nota tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9409/9442 daripada 2.9476/9511 pada Jumaat mingu lepas dan tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.6244/6285 daripada 3.6369/6404.

Mata wang tempatan naik berbanding pound Britain kepada 5.4132/4192 daripada 5.4246/4307 pada Jumaat selain kukuh berbanding euro kepada 4.7480/7533 daripada 4.7603/7659.


Pengarang :