SELANGOR

MB serah bantuan Aidilfitri, kepada warga Ampang

OLEH ERMIZI MUHAMAD

AMPANG, 2 JUN: Dato’ Menteri Besar, Dato’Seri Mohamed Azmin Ali menyerahkan bantuan sumbangan aidilfitri kepada penduduk kurang berkemampuan sekirar Ampang di sini, pagi ini.

Bantuan berupa insentif kewangan dan barangan keperluan tu disampaikan Mohamed Azmin di Masjid Al-Mustaqim, Taman Nirwana.

Difahamkan, pemberian bantuan disalurkan sebagai tanggungjawab sosial Pemerbadanan Menteri Besar (MBI Selangor) kepada golongan kurang berkemampuan di daerah ini.

Majlis Penyerahan Bantuan ini turut dihadiri, Pegawai Eksekutif MBI, Raja Shahreen YM Raja Othman dan Ketua Pegawai Operasi MBI, Soffan Affendi Aminudin.

Hadir sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Abdul Hamid Hussain.

Berucap pada Majlis Penyerahan itu, Mohamed Azmin berkata, inisiatif itu akan diteruskan sepanjang pentadbiran pimpinan Kerajaan Selangor.

“Saya memanjatkan rasa kesyukuran kerana tugas ini dilaksanakan di dalam bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan ini.

“Semoga kerjasama ini akan mengukuhkan lagi ukhwah antara pimpinan dan rakyat,” katanya.

=EZY


Pengarang :