PBTSELANGORSUKANKINI

MPK tekad pertahan kejuaraan dua sukan besar

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 14 JUL: Majlis Perbandaran Klang (MPK) melaungkan keyakinan untuk mempertahankan kejuaraan Kejohanan Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KSKTM KPKT) dan meraih kejayaan dalam Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK Malaysia).

Yang Di Pertua MPK, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, beliau yakin dengan kemampuan atlit yang mewakili sukan masing-masing pada kejohanan melibatkan beberapa jenis sukan itu.

Katanya, beberapa siri latihan yang diadakan dijangka menambah lagi momentum kemenangan MPK dalam acara dipertandingkan tidak lama lagi.

“Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan terbesar, pengurusan MPK sentiasa memberi perhatian kepada aspek sukan memandangkan kita bukan hanya terbabit dalam KSKTM KPKT, malah dalam Sukan Badan Berkanun dan beberapa pertandingan lain.

“MPK selaku wakil Selangor bagi acara boling padang MAKSAK bakal memberi elemen kejutan dalam kejohanan yang diadakan di Kuantan dan skuad boling yang beraksi di KSKTM KPKT di Sarawak nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perjumpaan Pihak Pengurusan Tertinggi Bersama Pengurus dan Pemain Pasukan Tenpin Boling (MALA) dan Pasukan Boling Padang MAKSAK Selangor 2018.

Hadir sama Setiausaha MPK, Adi Faizal Ahmad Tarmizi,Penolong Setiausaha Maksak Selangor,Ramlan Ghani Karim, ketua-ketua jabatan dan pemain.

Pada masa sama, Mohamad Yasid berkata, persediaan rapi itu dijangka menambah lagi momentum kemenangan MPK dalam dipertandingkan tidak lama lagi dalam dua kejohanan sukan terbabit.


Pengarang :