NASIONAL

KEADILAN masih berharap peratusan undi meningkat

OLEH NADIAH ZAMLUS

PORT DICKSON, 13 OKT: KEADILAN masih berharap peratusan mengundi akan terus meningkat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson yang bermula hari ini.

Ketua Penerangan KEADILAN, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, ia bagi membolehkan calon Pakatan Harapan (PAKATAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim memperolehi kemenangan lebih selesa.

“Kita mengharapkan jumlah pengundi pada waktu petang akan meningkat lebih mendadak.

“Sekiranya masih ada yang belum mengundi, anda masih mempunyai baki masa empat jam lagi untuk berbuat demikian dan keadaan cuaca juga dilihat baik pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media PRK Port Dickson di Bilik Gerakam Utama (BGU), hari ini.

Pada masa sama, Syed Ibrahim berkata, sehingga kini pengundi bagi DUN Bagan Pinang dan DUN Linggi berada pada tahap baik.

“PAKATAN juga berharap supaya peratusan undi akan lebih tinggi berbanding dengan Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu,” katanya.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan jumlah peratusan keluar mengundi sehingga jam 1 tengah hari adalah 40 peratus.

 


Pengarang :