SELANGORSUKANKINI

EXCO sedia bantu kebajikan bekas atlet

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 7 MAC: Exco Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman, menerima kunjungan hormat delegasi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), di pejabatnya, di SUK, semalam.

Delegasi terbabit diwakili nama besar sukan negara seperti lagenda sukan bina badan yang juga Mr Asia enam kali, Datuk Malek Noor; bekas juara dunia silat olahraga, Zakri Ibrahim; lagenda bola sepak, Datuk Santokh Singh, Reduan Abdullah dan Khalid Ali.

Mohd Khairuddin berkata, antara isu yang menjadi fokus pada pertemuan itu membabitkan hal ehwal kebajikan 799 bekas atlet Selangor yang pernah mewakili peringkat kebangsaan dalam pelbagai sukan.

“Kerajaan Negeri bersedia bekerjasama membantu dan melihat kembali struktur kebajikan bekas atlet kelahiran Selangor ini.

“Kita mahu belia faham, bahawa sukan ini mempunyai masa depan dan sentiasa didokong Kerajaan Negeri,” katanya kenyataan media.

Katanya, pada masa ini, atlet di Selangor turut menerima insentif atas sumbangan mereka mengharumkan nama negeri dan negara.

Antaranya, pada 30 Januari lalu, Kerajaan Negeri menyerahkan insentif sebanyak RM929,200 kepada pemenang pingat dalam SUKMA, Sukan Sea, Sukan Asia dan Para Asia 2018.


Pengarang :