JOHOR BAHRU, 12 Jun — Seorang bayi perempuan yang cukup sifat dipercayai baru berusia tiga hari, ditemukan di dalam sebuah beg yang diletakkan di tepi jalan berhampiran Flat Sri Anugerah, Larkin, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata bayi itu ditemukan pada 10.30 pagi tadi oleh seorang suri rumah, dalam perjalanan pulang ke rumahnya dengan berjalan kaki dari sebuah kedai runcit. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dimaklumkan mengenai bayi itu, katanya. Beliau berkata, sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes diminta menghubungi terus hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-2218999 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Masitah Ali Murtada di talian 013-3721458 atau mana-mana balai polis berhampiran. Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi berkenaan. — fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
NASIONAL

Bayi perempuan baru lahir ditemui tepi jalan

JOHOR BAHRU, 12 Jun : Seorang bayi perempuan yang cukup sifat dipercayai baru berusia tiga hari, ditemukan di dalam sebuah beg yang diletakkan di tepi jalan berhampiran Flat Sri Anugerah, Larkin, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata bayi itu ditemukan pada 10.30 pagi tadi oleh seorang suri rumah, dalam perjalanan pulang ke rumahnya dengan berjalan kaki dari sebuah kedai runcit.

“Suri rumah berusia 53 tahun itu mendakwa beliau berjalan kaki pergi ke kedai runcit, dan sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumahnya, beliau telah terdengar suara tangisan bayi, lantas berpatah semula ke tempat kejadian sebelum ternampak seorang bayi di dalam sebuah beg berwarna putih corak merah jambu bertulis Mary Kay.

“Pengadu (suri rumah) kemudian memaklumkan penemuan itu kepada seorang pekerja bengkel berhampiran yang selepas itu telah bertindak membawa bayi berkenaan ke tempat kerjanya, untuk dibersihkan dan diberikan susu,” kata beliau dalam kenyataan di sini, hari ini.

Shahurinain berkata bayi itu yang dalam keadaan sihat, dan masih bertali pusat sewaktu dijumpai kemudian dibawa pihak polis ke Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Aminah, di sini untuk rawatan.

Dalam masa sama, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dimaklumkan mengenai penemuan bayi itu, katanya.

Beliau berkata, sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut diminta menghubungi terus hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-2218999 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Masitah Ali Murtada di talian 013-3721458 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kes katanya disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan, kerana kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi berkenaan.

Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan. -BERNAMA


Pengarang :