Seramai 30 warga kerja Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) melakar sejarah apabila berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, Sabah pada 30 September 2019 bagi mempromosi Tahun Melawat Sepang 2020.
PBTSELANGOR

MPSepang lakar sejarah tawan Gunung Kinabalu

SHAH ALAM, 1 OKT: Seramai 30 warga kerja Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) melakar sejarah apabila berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, Sabah pada 30 September 2019 bagi mempromosi Tahun Melawat Sepang 2020.

Program Mendaki Gunung Kinabalu selama tiga hari dua malam itu dianjurkan Kelab Sukan dan Kebajikan bersama Unit Korporat dan Perhubungan Awam, MPSepang.

Yang Dipertuanya, Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, program ini diadakan sebagai salah satu kaedah untuk mempromosikan Tahun Melawat Sepang 2020 dan juga sempena sambutan ulang tahun MPSepang yang ke-14.

Selain itu, program ini juga diadakan bagi mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan kakitangan MPSepang.


Pengarang :