SHAH ALAM, 31 OKT: Rekod kemenangan bersih MPKj FC tercalar apabila terikat 0-0 dengan SA Klasiko FC dalam perlawanan minggu keempat Liga Juara-Juara Selangor (SCL) pada 20 Oktober lalu.
Bagaimanapun, keputusan itu sudah cukup mengekalkan MPKj FC di tangga teratas Kumpulan B selepas berjaya mengumpul 10 mata daripada empat perlawanan dengan tiga kemenangan dan satu seri.
Mengekori rapat di tangga kedua, MBSA FC dengan sembilan mata, SA Klasiko FC di tempat ketiga dengan tujuh mata dan NPNG FC Damansara Damai dengan enam mata di tangga keempat.
Antara perlawanan lain di minggu keempat yang mencuri tumpuan, kemenangan bergaya Puchong Fuerza Gamestop FC dan NPNG FC Damansara Damai selepas masing-masing menang bergaya ke atas lawan masing-masing.
Puchong Fuerza Gamestop FC membenam Kuala Selangor Batu Dua FC 4-0 dan NPNG FC Damansara Damai pula menewaskan Sg Lang Baru Up FC 3-0.
Bagi Kumpulan A, Kingstown Klang FC mengungguli carta dengan sembilan mata mengatasi pencabar terdekat juara bertahan, Puchong Fuerza Gamestop FC yang mengumpul lapan mata.
Keputusan penuh minggu keempat:
(Semua perlawanan diadakan di Stadium MPSJ)
Bangi Jang’s Trooper FC 0 – 0 Gombak RRM Unlimtied FC
Belia Selangor 0 – 1 MBSA FC
Kingstown Klang FC 1 – 0 Cyberjaya Teleflow FC
Subang Protap II FC 2 – 3 Bukit Kapar FC
Puchong Fuerza Gamestop FC 4 – 0 Kuala Selangor Batu Dua FC
SA Klasiko FC 0 – 0 MPKj FC
SA AZE FC 1 – 2 SA PIB FC
Sg Lang Baru Up FC 0 – 3 NPNG FC Damansara Damai