Penerima baucar Jom Shopping Tahun Baharu Cina di Kajang menggunakan beg sendiri ketika menebus baucar di Pasaraya Tesco Extra Kajang pada 12 Januari 2020. Foto NADIAH ZAMLUS/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

450 penerima baucar Jom Shopping Tahun Baru Cina DUN Kajang

KAJANG, 12 JAN: Penerima sumbangan Jom Shopping Tahun Baru Cina bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang digalakkan membawa beg sendiri sekiranya mahu menebus baucar masing-masing di pasar raya.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna berkata, ia seiring dengan kempen bebas plastik yang dilaksanakan Kerajaan Selangor bagi mencapai status negeri pintar pada 2025.

“Hasilnya, majoriti penerima membawa beg sendiri dan tidak menggunakan plastik dari pasar raya. Ini perkembangan baik,” kata Hee Loy Sian pada penyampaian baucar Jom Shopping Tahun Baru Cina 2020 DUN Kajang di Pasaraya Tesco Extra di sini hari ini.

Loy Sian juga berharap penerima baucar Jom Shopping di kawasan lain turut mengikuti jejak langkah sama.

Pada program berkenaan, Loy Sian yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang menyerahkan 450 baucar kepada penerima yang terpilih bagi DUN tersebut.


Pengarang :