EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi Dan Inovasi, Hee Loy Sian. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Penyedut minuman serai: Selangor perlu kajian terperinci

SHAH ALAM, 17 JAN: Selangor perlu membuat kajian terperinci sebelum memperluaskan penggunaan serai sebagai penyedut minuman, kata EXCO alam sekitar.

Hee Loy Sian berkata tempoh ketahanan tumbuhan perlu diambil kira jika ingin dikomersialkan.

“Selangor menyambut baik langkah Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu membekalkan serai kepada mana-mana pihak yang berhasrat menyahut saranan itu, namun kita perlu buat kajian terperinci dengan mengambil kira tempoh ketahanan tumbuhan,” katanya.

Beliau mengulas cadangan lembaga terbabit berhubung penggunaan serai sebagai penyedut minuman yang akan diperluaskan ke kafe hospital di Kelantan.

Sementara itu, Loy Sian berkata Kerajaan Negeri terus konsisten menggalakkan penggunaan straw kertas mesra alam atau keluli tahan karat yang boleh diguna semula.


Pengarang :