Dato’ Seri Amirudin Shari pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di SUK, Shah Alam pada 6 Februari 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Diskaun 50 peratus premium parit masjid, sekolah dan universiti

SHAH ALAM, 6 FEB: Masjid, sekolah dan universiti yang dibina menggunakan dana kerajaan atau sumbangan orang ramai akan menikmati diskaun 50 peratus premium caruman parit, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kadar semasa premium caruman parit adalah RM10,000 bagi setiap 0.4 hektar, justeru pemberian diskaun akan meringkan beban kewangan semua institusi terbabit.

“Perkara ini berkuat kuasa 1 Januari 2020 setelah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor.

“Selangor beriltizam untuk terus mencari penyelesaian berinovasi bagi menjayakan program merancakkan ekonomi dalam mencapai kemakmuram bersama,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di Pejabat Menteri Besar di sini hari ini.


Pengarang :