Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada Majlis Penyerahan Kelulusan Pemberimilikan Tanah (Notis 5a) kepada penduduk Kampung Desa Kasih Merbau Berdarah di Sungai Panjang, Sabak Bernam pada 7 Februari 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Pengecualian cukai pintu rumah kampung dan kos rendah kekal

SABAK BERNAM, 7 FEB: Selangor mengekalkan pengecualian cukai pintu rumah kampung dan kos rendah yang dilaksanakan sejak 2016, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata komitmen untuk meringankan beban rakyat diteruskan walaupun langkah itu menyebabkan Kerajaan Negeri kehilangan pendapatan RM70 juta.

“Mungkin pengecualian cukai ini memberi kesan kepada pihak berkuasa tempatan tertentu, namun Kerajaan Negeri ada cara lain untuk bantu mereka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kelulusan Pemilikan Tanah Kampung Desa Kasih Merbau di sini hari ini.

Amirudin berkata, sejak mengambil alih pentadbiran pada 2008, Kerajaan Negeri memperkenalkan pelbagai inisiatif dan perancangan untuk kesejahteraan dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat.


Pengarang :