BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Bas Smart Selangor, PJ City Bus henti operasi mulai esok

SHAH ALAM, 23 MAC: Bas Smart Selangor dan PJ City Bus dihenti operasi sementara bermula esok sehingga satu tarikh dimaklumkan kelak susulan penularan wabak Covid-19, kata EXCO kerajaan tempatan.

Ng Sze Han berkata penangguhan perkhidmatan melibatkan 138 bas membabitkan 43 laluan bagi Bas Smart Selangor manakala PJ City Bus pula melibatkan 32 bas dengan enam laluan.

“Tindakan itu adalah wajar bagi mengurangkan pergerakan orang awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

“Kerajaan Negeri amat mengharapkan kerjasama penduduk untuk mematuhi arahan kerajaan bagi mencegah penularan wabak ini di Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Pengarang :