Covid-19 mencetuskan kebimbangan seluruh dunia akibat penularannya yang cepat. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Ahli Parlimen Sarikei dimasukkan ke hospital

SIBU, 14 MAC: Ahli Parlimen Sarikei Wong Ling Biu daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) dimasukkan ke Hospital Sibu sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) bagi Covid-19.

Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr Chin Zin Hing mengesahkan Ling Biu dimasukkan ke hospital sebagai PUI.

Ling Biu, yang masih ditahan di hospital dikatakan telah menghadiri beberapa mesyuarat politik di Kuala Lumpur dari 29 Februari hingga minggu lepas susulan kemelut politik sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang.

Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew ketika dihubungi berkata, “beliau bukanlah dimasukkan ke hospital kerana Covid-19 sebaliknya mengalami radang paru-paru. Hospital kini menahannya sebagai PUI”.


Pengarang :