Tiub ujian dengan label nama virus Corona dilihat dalam ilustrasi yang diambil pada 29 Januari 2020. Foto REUTERS
AGENDANASIONAL

KP Kesihatan: Kesan Covid-19 dalam tempoh singkat

PUTRAJAYA, 31 MAC: Malaysia sedang berbincang dengan Amerika Syarikat (AS) untuk menggunakan peralatan mengesan wabak Covid-19 kurang setengah jam seperti digunakan negara berkenaan.

Ketua pengarah kesihatan berkata walaupun alatan itu dibuat di kilang di Pulau Pinang, namun Malaysia tidak mempunyai kontrak dengan AS untuk memperoleh alatan sama, lapor Berita Harian.

“Kita akan bincang (dengan AS) supaya Malaysia juga diberi peluang menggunakan peralatan terbabit,” kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media Covid-19, di sini, hari ini.

Katanya, sehingga kini sebanyak 39,663 ujian pengesanan Covid-19 sudah dilaksanakan dan 2,626 daripanya positif wabak berkenaan setakat semalam.


Pengarang :