Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyita barangan jualan penjaja di hadapan stesen minyak dekay Jalan MRR2, Gombak pada Jumaat lalu. Foto Ihsan MPS
PBTSELANGOR

MPS sita barang jualan peniaga di kawasan larangan

SELAYANG, 3 MAC: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyita barangan jualan penjaja di hadapan stesen minyak dekat jalan MRR2, Gombak pada Jumaat lalu selepas dikesan menjalankan perniagaan tanpa permit.

Selain menyebabkan sesak dan bahayakan pengguna jalan raya, pengarah jabatan korporatnya berkata ia juga memberi imej buruk pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit.

“Anggota penguat kuasa menyita tiga khemah, dua meja lipat, dua papan meja, satu tong gas, satu kerusi dan peralatan lain membabitkan tiga penjaja,” kata Mohamad Zin Masoad dalam kenyataan hari ini.

Tindakan dilakukan mengikut Seksyen 3 Undang-Undang Kecil Penjaja (MPS) 2007 kerana berniaga tanpa lesen penjaja dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 atas kesalahan halangan tred.


Pengarang :