EXCOSELANGOR

Jom sertai kursus hasilkan video promosi barang jualan

SHAH ALAM, 30 APRIL: Peniaga dan usahawan dalam talian disaran menyertai kursus menghasilkan video menggunakan telefon pintar bagi membantu meningkatkan jualan yang akan dianjurkan pada 4 dan 5 Mei hadapan.

EXCO pembangunan usahawan, Rodziah Ismail berkata kursus ini membantu memasarkan produk dan perkhidmatan usahawan melalui platform dalam talian dan media sosial.

Rodziah Ismail. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Dengan menyertai kursus online, anda akan tahu teknik tepat cara menghasilkan video untuk pemasaran dan promosi dengan menggunakan telefon pintar. Daripada proses merancang penceritaan, merakam, edit dan akhirnya ‘share’ (kongsi) di media sosial,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata kursus ini terbuka kepada 30 usahawan dan pendaftaran secara percuma boleh dilakukan menerusi pautan https://forms.gle/sc6zSySWmXzod2sz8.

Kursus ini merupakan anjuran Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Selangor dengan kerjasama Institut Keusahawanan Negara (Insken).

Penganjuran latihan secara alam maya merupakan antara langkah yang digariskan Kerajaan Negeri di peringkat awal Perintah Kawalan Pergerakan bagi menghadapi pandemik Covid-19.


Pengarang :