PBTSELANGOR

Langgar arahan PKP, MBSA kompaun peniaga degil

SHAH ALAM, 3 APRIL: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam mengenakan kompaun ke atas peniaga yang masih berdegil dengan berniaga secara terbuka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

MBSA menerusi Twitter memaklumkan tindakan diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan itu di tapak letak kereta, Brp 6/1, Seksyen U20 di sini.

“Padah ingkar arahan PKP,” katanya.

Dalam operasi itu, MBSA mengeluarkan empat kompaun di bawah kesalahan Seksyen 109 Akta Kerajaan Tempatan 171 kerana gagal mematuhi arahan notis.


Pengarang :