AGENDANASIONAL

Bantuan Prihatin Nasional, LHDN nafi minta maklumat menerusi SMS

SHAH ALAM, 3 APRIL: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan pihaknya meminta maklumat peribadi dan perbankan orang ramai menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi agihan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Kenyataan itu dikeluarkan Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini.

Sementara itu, LHDN dalam kenyataan berkata pemohon tidak perlu menyemak kelayakan sekiranya menerima SMS atau emel daripada agensi itu.

Pada 27 Mac lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemberian BPN bagi meringankan beban rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Kerajaan mengumumkan pemberian tunai secara sekali bayar dengan peruntukan hampir RM10 bilion membabitkan pelbagai golongan termasuk kumpulan M40.


Pengarang :