Khairuddin Othman menyerahkan sumbangan pada Program Sumbangan Raya kepada Bekas-Bekas Atlet dan Atlet PARA sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Lobi MSNS Seksyen 7, Shah Alam pada 21 Mei 2020. Foto REMY ARIFIN SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Selangor tunggu kelulusan MKN untuk latihan Sukma 2021

SHAH ALAM, 21 MEI: Kerajaan Negeri sedang menunggu kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengadakan latihan persediaan atlet ke Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang dijadualkan pada Mac 2021 di Johor, kata EXCO sukan.

Mohd Khairuddin Othman berkata buat masa ini atlet menjalani latihan secara persendirian di rumah sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan ancaman Covid-19.

“Kita tunggu kelulusan MKN untuk tujuan latihan tetapi pada masa sama kita tetap mengekalkan hubungan bersama atlet dan jurulatih termasuk meneruskan bayaran elaun malah kebanyakan mereka berlatih sendiri dalam suasana norma baharu bagi meningkatkan tahap kecergasan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Ziarah Kasih Aidilfitri dan Sumbangan Raya Kepada Bekas-Bekas Atlet dan Atlet Para Selangor di Lobi Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN) di sini hari ini.

Khairuddin Othman bersama penerima pada Program Sumbangan Raya kepada Bekas-Bekas Atlet dan Atlet PARA sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Lobi MSNS Seksyen 7, Shah Alam pada 21 Mei 2020. Foto REMY ARIFIN SELANGORKINI

Sebelum ini, Sukma 2020 ditetapkan pada 11 hingga 19 Julai manakala Para Sukma dijadualkan pada 16 hingga 22 Ogos.

Bagaimanapun, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memutuskan penundaan temasya dwitahunan itu susulan Covid-19 dengan mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan atlet, jurulatih, pegawai serta semua terlibat dalam penganjuran tersebut.

Difahamkan, Selangor dijangka menghantar lebih 800 anggota kontinjen membabitkan 30 acara dalam sukan berprestij tanah air itu dengan sasaran 45 pingat emas, 40 perak dan 40 gangsa.


Pengarang :