Seorang wanita berdiri berhampiran pagar kawat berduri yang dipasang di kawasan Pasar Jalan Othman hari ini. Kawasan itu menjadi kawasan terbaharu yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), berkuatkuasa mulai hari ini hingga 23 Mei. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Bilik gerakan bencana Petaling terus operasi

SHAH ALAM, 25 JUN: Operasi Bilik Gerakan Pengurusan Bencana daerah Petaling berjalan seperti biasa walaupun pandemik Covid-19 tamat.

Pegawai daerahnya, Johary Anwar berkata petugas bilik gerakan tetap memantau perkembangan wabak dan menghantar laporan ke Bilik Gerakan Negeri setiap minggu.

“Pandemik Covid 19 untuk daerah Petaling boleh diisytihar tamat hari ini. Tiada kes baharu bergejala selepas 28 hari kes terakhir dan tiada kes dalam rawatan. Bagaimanapun bilik gerakan masih beroperasi dalam keadaan siap sedia,” katanya.

Sebelum ini Petaling turut berdepan situasi sukar apabila kawasan sekitar Pasar Jalan Othman dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan selama 11 hari.

Perintah itu dikuatkuasakan selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 26 kes positif Covid-19 di situ.

Johary turut merakam penghargaan kepada semua agensi terlibat sepanjang perintah kawalan dilaksanakan sejak 18 Mac lalu hingga hari ini.


Pengarang :