BERITA UTAMASELANGOR

MB santuni penduduk Sungai Tua rai Aidilfitri

SHAH ALAM, 13 JUN: Dato’ Menteri Besar mengadakan kunjungan ke rumah penduduk di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua dan Gombak semalam sempena Aidilfitri.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ziarah rumah ke rumah diadakan mengikut tatacara operasi piawai (SOP) itu bertujuan memperkukuh ukhwah dan silaturahim bersama rakan serta sahabat di kawasan berkenaan.

“Ziarah Aidilfitri rumah ke rumah yang sentiasa menjadi lumrah kebiasaan saya setiap tahun namun akibat Covid-19 ia ditunda selepas PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dan dilaksanakan mengikut SOP.

“(Saya) mendengar keluhan akibat wabak tersebut dan berbincang mengenai jalan penyelesaian boleh dibantu Kerajaan Negeri,” katanya menerusi Facebook.

Dalam kunjungan itu, Amirudin yang juga ahli dewan negeri Sungai Tua turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri.


Pengarang :