EXCOSELANGOR

Selangor jaya ekspo, seminar pelaburan secara maya

SHAH ALAM, 9 JUN: Kerajaan Negeri akan melaksanakan ekspo, seminar dan mesyuarat pelaburan secara maya bagi berkongsi idea bersama pemain industri, kata EXCO pelaburan.

Dato’ Teng Chang Khim kaedah tersebut dilakukan selepas promosi pelaburan di dalam dan luar negara yang diatur sepanjang tahun ini dibatalkan susulan penularan Covid-19.

“Kita menjalankan program secara maya bagi menggantikan promosi pelaburan dan perdagangan yang sebelum ini dilakukan melalui misi pelaburan dan penganjuran Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS).

“Selain itu Kerajaan Negeri akan melakukan kajian berhubung dasar dan proses permohonan pembangunan industri selain pemberian insentif bagi menggalakkan kemasukan pelabur asing dan tempatan ke Selangor,” katanya kepada SelangorKini hari ini.

Pada 31 Mac lalu, Chang Khim berkata Kerajaan Negeri perlu menilai keadaan semasa sama ada SIBS 2020 Oktober depan diteruskan atau sebaliknya.

SIBS 2020 dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 14 hingga 17 Oktober meliputi empat acara besar iaitu Ekspo Antarabangsa Selangor, Konvensyen Bandaraya Pintar dan Ekonomi Digital Selangor, Persidangan Perniagaan Selangor-ASEAN serta Ekspo R&D dan Inovasi Selangor.


Pengarang :