Selangor Fruit Valley yang dibuka sejak 15 September sedia menerima lebih ramai pengunjung. Foto Facebook YB Ir Izham Hashim
EXCOSELANGOR

EXCO: Selangor Fruits Valley sedia terima pengunjung

SHAH ALAM, 9 JUN: Selangor Fruits Valley sedia menerima lebih ramai pengunjung susulan lebih banyak kelonggaran dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula esok, kata EXCO pemodenan pertanian dan industri asas tani.

Ir Izham Hashim berkata pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan antaranya merasai sendiri keenakan pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran dan melihat keindahan tanaman dihasilkan usahawan negeri ini.

“PKPP bermula esok dan pelbagai sektor ekonomi telah dibuka sepenuhnya. Justeru, ibu bapa boleh membawa keluarga ke Selangor Fruits Valley kerana pelbagai aktiviti menarik disediakan,” kata beliau menerusi Facebook.

Ir Izham turut menyarankan kepada semua orang awam terutama rakyat Selangor agar menyokong produk tempatan di Selangor Fruits Valley yang juga salah satu produk agro pelancongan seliaan Kerajaan Negeri.

Selain buah-buahan, Selangor Fruits Valley juga mempunyai lebih 3,000 sarang kelulut.


Pengarang :