SHAH ALAM, 10 JUN: Malaysia berada dalam senarai 53 negara yang mencatatkan kadar kesembuhan melebihi 90 peratus, maklum Kementerian Kesihatan (KKM).
Ketika ini, Malaysia berada pada kedudukan ke-15 dengan peratusan pesakit pulih sebanyak 8,499 kes atau 97.9 peratus daripada keseluruhan kes.
“Kadar kesembuhan dunia meningkat kepada 56.52 peratus dan Malaysia berada pada kedudukan ke-15 daripada 53 negara yang mempunyai kadar kesembuhan melebihi 90 peratus,” tulis KKM di Facebook hari ini.
Semalam, tiada kes jangkitan dalam kalangan rakyat tempatan dilaporkan. Rekod sama pernah dicatatkan pada 1 Julai lalu.
Setakat ini, Malaysia merekodkan 8,683 kes dengan 63 daripadanya aktif manakala jumlah kematian kekal 121 kes.